Tuesday, 14 May 2013

Mensyukuri Nikmat Allah

Maksud hadis:
ramai dikalangan manusia sering lalai dalam nikmat sihat dan masa lapang.

KONSEP:
SIHAT= sesuatu keadaan seseorang itu tidak menghadapi sebarang penyakit
MASA LAPANG= keadaan seseorang itu tiada pekerjaan yang hendak dilakukan

SEBAB NIKMAT SIHAT DAN MASA LAPANG DILUPAI:
  1. memperoleh nikmat secara percuma
  2. leka dengan nikmat dunia
  3. lupa kepada Allah yang memberi nikmat
  4. kurang penghayatan agama dalam khidupan
CARA MENJAGA KESIHATAN:
  1. makan makanan yang berkhasiat
  2. sentiasa beriadah
  3. makan makanan yang bersih dan halal
  4. tidak makan berlebihan
  5. waktu rehat yang cukup
  6. mengamalkan makanan yang seimbang
CARA MENGISI MASA LAPANG:
  1. membaca buku2 ilmiah
  2. berehlah bersama keluarga
  3. menyertai badan2 kebajikan
  4. merenung dan befikir makhluk ciptaan ilahi
  5. membersih kawasan rumah
  6. memperbanyakkan zikrullah
PERBEZAAN KETIKA:
  • SIHAT
  1. bebas bergerak kesana kemari
  2. jiwa dan persediaan menjadi tenang
  3. dapat berfikir dengan tenang
  4. dapat makan makanan yang lazat2
  5. dapat melakukan ibadah kepada Allah dengan sempurna
  • SAKIT
  1. terlantar dihospital atau di rumah
  2. jiwa dan perasaan tidak tenang dan keluh-kesah
  3. fikiran bercelaru
  4. makan makanan yang terhad dan dibenarkan
  5. tiada penumpuan ketika beribadah
HUBUNGAN IBADAH DENGAN KESIHATAN
  1. dapat beribadah dengan sempurna
  2. dapat melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah
  3. dapat memberi peluang manusi keluar berjihad di jalan Allah
  4. dapat melakukan kerja2 kebajikan sesama manusia
  5. dapat mendekatkan diri kepada Allah
KEPENTINGAN MENJAGA AKAL
  1. dapat mengenal Allah sebagai pencipta
  2. dapat membezakan diantara baik dan buruk
  3. dapat berfikir dengan waras
  4. dapat melahirkan tubuh badan yang sihat
  5. membezakan diantara manusia dengan haiwan
  6. sempurna melakukan tuntutan Allah
PERKARA2 YANG MELALIKAN MANUSIA
  1. terlalu cintakan pangkat dan kuasa
  2. berkawan dengan orang yang melakukan ma'siat
  3. tamak akan harta
  4. membaca dan menonton bahan lucah
  5. berhibur di tempat2 hiburan dan maksiat
  6. terpedaya dengan kenikmatan dunia
  7. sukakan tidur
  8. banyak makan dan minum
KESAN BURUK
  1. umat islam akan mundur dan ketinggalan
  2. ditimpa pelbagai penyakit sosial
  3. melahirkan masyarakat yang lemah dan jauh terpesong daripada berpegang dengan agama Allah
  4. memudahkan umat islam dikuasai dan dihancurkan
  5. masyarakat jauh daripada rahmat Allah
CARA MENGATASI PERKARA2 YANG MELALAIKAN
  1. mendapatkan didikan agama yang sempurna
  2. menghapuskan tempat2 maksiat
  3. mengelakkan diri daripada tempat2 maksiat

Akhlak Mulia

Maksud hadis:
 akhlak yang paling baik menjadi bukti kesempurnaan iman. orang  yang berbuat baik pada isterinya adalah orang yang terbaik dikalangan kamu.

KONSEP AKHLAK
 akhlak: perbuatan, perkataan dan tingkah laku elok serta indah berpandukan alQuran dan asSunnah rasulullah.

HUBUNGAN IMAN DENGAN AKHLAK
-iman menjadi asa bagi akhlak mulia muslim sejati.
-orang yang berakhlak mulia ialah orang yang sentiasa bertaqwa kepada Allah, melakukan kebaikan pada setiap masa dan tempat.

PERBANDINGAN DI ANTARA 
  • AKHLAK BAIK
  1. dikasihi oleh orang ramai
  2. disukai oleh Allah
  3. bahagia di akhirat
  4. bersifat mahmudah
  5. mudah mendapat hidayah
  • AKHLAK BURUK
  1. dibenci oleh orang ramai
  2. di sukai oleh syaitan
  3. tidak bahagia di akhirat
  4. bersifat mazmumah
  5. susah mendapat hidayah
CARA MENJAUHI AKHLAK BURUK
  1. sentiasa mengingati mati
  2. membanyakkan zikrullah
  3. sentiasa menghadiri majlis2 ilmu
  4. sentiasa mengingati azab Allah diakhirat
  5. sentiasa mendampingi para ulamak
KELUARGA BAHAGIA
  1. mencontohi keluarga rasulullah
  2. membentuk keluarga yang beriman dan bertaqwa
  3. berhelah bersama keluarga
  4. saling memahami antara satu sama lain

Wahyu

TA'RIF WAHYU:
bahasa: 
  • ilhamul ftri (manusia)
  • ilhamul gharazi (haiwan)
  • isyarat pantas (nabi Zakaria)
  • perintah Allah kepada para malaikat
istilah:
  • kalima Allah yang diturunkan...
-membezakan wahyu dengan semua jenis kalam selain kalam Allah
-membezakan wahyu dengan jenis kalam Allah yang tidak diturunkan yang hanya diketahui oleh Allah 'azzawajalla sahaja
  • ...kepada seseorang nabi atau rasul...
-membeza wahyu istillah dengan wahyu dari segi bahasa seperti ilham yang diberikan kepada manusia biasa
  • ...mengikut cara yng khusus
-membezakan wahyu dengan ilham dan fikiran yang diperoleh melalui mimpi dan berfikir

CARA PENURUNAN WAHYU
  • peranan malaikat
  1. datang dalam rupa asal/wajah dalam bentuk bunyi yang nyaring
  2. datang dalam rupa lelaki dewasa
  • secara langsung
  1. melalui mimpi yang baik (arrukya assolihah)
  2. melalui percakapan disebalik hijab secara sedar
JENIS2 WAHYU
  • wahyu alQuran
  • wahyu hadis
PERANAN WAHYU DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
-untuk mmahami agama
untuk memandu manusia kearah kesejahteraan hidup didunia dan diakhirat

AKIBAT MENGABAIKAN PERANAN WAHYU
  1. gagal memahami agama
  2. di pengaruh budaya asing
  3. hilang jati diri
  4. berada dalam kesesatan
SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN
-pendapat ulamak
  • wahyu pertama
  1. ayat 1-5 surah al-alak
  2. ayat 1-36 surah al-mudassir
  3. ayat "bismillah hirrahma nir rahim"
  4. surah al-fatihah
  • wahyu terakhir
  1. ayat 281 surah al-bakarah
  2. ayat 281 surah al-bakarah
  3. ayat 287 surah al-bakarah
  4. ayat 195 surah al-imran
  5. ayat 176 surah an-nisa
  6. ayat 128-129 surah at-taubah

al-Quran sebagai Mu'jizat

TA'RIF MU'JIZAT:
bahasa:
  berasal daripada kata kerja (a'jaza/yu'jizu/i'jaazann) yang bermaksud melemahkan

istilah: 
perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah kepada seorang rasul sebagai bukti kenbenaran risalah yang dibawa oleh mereka kepada umat manusia.

JENIS MU'JIZAT:
  • mu'jizat hisiyyi = mu'jizat yang dapat dikesan dan dilihat oleh pancaindera (tongkat nabi musa)
  • mu'jizat ma'nawi = mu'jizat yang dapat dikesan dan di hayati melalu minda  dan mata hati (al-Quran)
PERKARA LUAR BIASA YANG BERBEZA DENGAN MU'JIZAT:
  1. sihir = perkara yang meminta pertolongan syaitan 
  2. silap mata = tipu muslihat melalui kepantasan
  3. ilham = idea
  4. irhaas = perkara kepada nabi sebelum kerasulan
  5. istidraj = kelebihan dari Allah untuk kesesatan
  6. ma'unah = pertolongan Allah dari malapetaka
  7. karaamah = kelebihan dari Allah untuk mereka yang beriman dan bertaqwa
ASPEK MU'JIZAT AL-QURAN:
 alQuran- mu'jizat yang menjadi bukti kebenaran risalah nabi Muhammad
  • aspek bahasa:
>kedudukan huruf, susunan kalimah dan struktur ayat yang tidak dapat ditandingi oleh seluruh umat manusia.
  • aspek isi kandungan:
>menceritakan tentang sejarah dulu kala yang berkaitan dengan para nabi dan rasul.
>menceritakan perkara ghaib
>menghuraikan secara umum dan terperinci tentang syariah (solat/zakat/jualbeli/perkahwinan)
  • aspek ilmu pengetahuaan
>penemuan sains bertetapan dengan alQuran
  1. kejadian makhluk berpasangan
  2. kejadian siang dan malam
  3. kejadian dan peranan air
DALIL2 'AKLI TENTANG MU'JIZAT AL-QURAN:
  1. ketinggian bahasa alQuran hingga mengalahkan pakar2 bahasa
  2. perkhabaran alQuran tentang perkara2 ghaib, peristiwa lampau, peristiwa akan datang dan syariah yang tidak boleh difikir atau direka melalui akal fikiran
  3. isyarat alQuran kepada beberapa fakta sains yang diperolehi melalui kajian saintifik

Negara Aman Rakyat Sejahtera

LATAR BELAKANG AYAT:
  • muslimin madinah menang dalam perang badar al-kubra
  • musyrikin mekah membuat persiapan untuk serang balas
  • perintah Allah agar umat islam membuat persiapan dan bersedia
INTISARI AYAT:
  • perintah Allah kepada kita manusia untuk menjaga keamanan negara
  • sekiranya pihak musuh mahu berdamai, maka kit aharus berdamai
  • jika mereka membuat muslihat di sebalik perdamaian itu, umat islam seharusnya berserah kepada Allah
BENTUK2 KEKUATAN:
  • rohani (iman)
  • motivasi (semangat)
  • ilmu (kepakaran)
  • jasmani (kesihatan)
  • ukhwah (persaudaraan)
  • kebendaan (ekonomi)
KEWAJIPAN MEMPERTAHANKAN NEGARA:
  • wajib
CONTOH2 MUSUH:
  • syaitan
  • orang kafir
  • orang munafik
  • golongan anti hadis
  • ahli bid'ah
KEKUATAN PERTAHANAN:
  • kekuatan fizikal
  • kekuatan jasmani
  • kekuatan rohani
KEPENTINGAN PERPADUAN:
  • membentuk negara yang kuat dan tidak terdedah kepada ancaman musuh
ISLAM MENGUTAMAKAN PERPADUAN
  • untuk mencapai kedamain dan kesejahteraan hidup rakyat

Konsep Ibadah

Assalamualaikum, semalam pasal PSI, malam nie PQS,,heheh
tu exam esok,,hohoho..jom belajar sesame meh^^,


LATAR BELAKANG AYAT:
  1. Golongan musyrikin menyembah berhala dengan menyembelih haiwan untuk berhala2
  2. Menuduh Nabi Muhammad beribadat sebagai menunjuk-nunjuk
  3. Allah memerintahkan Rasulullah memberitahu mereka tentang perbezaan ibadah muslimin dengan musyrikin
  4.  Ibadah muslimin ikhlas kerana Allah


KONSEP IBADAH

-seluruh kehidupan umat islam adalah menefistasi pengabdian kepada Allah
-matlamat kejadian manusia itu sendiri adalah mengabdikan diri semata-mata kerana Allah.
-Ibadah Umum:: semua perkara harus yang dilakukan dengan niat ibadah.
-Ibadah Khusus:: semua ibadah fardhu dan sunat yang dilakukan dengan niat ibadah.
-Ibadah fardhu::

  • Fardhu Ain = wajib dilakukan oleh setiap individu
  • Fardhu Kifayah = wajib kepada sebahagian umat islam sahaja.
-Ibadah::
  • Hati
  1. iman
  2. taat
  3. cinta
  4. takut
  5. dll...
  • Perkataan
  1. membaca al-Quran
  2. zikir
  3. doa
  4. takbir
  5. dll...
  • Perbuatan
  1. solat
  2. pentadbiran
  3. puasa
  4. menuntut ilmu
  5. dll...
  • Harta
  1. zakat
  2. sedekah
  3. korban
  4. haji
  5. dll...

SYARAT ASAS PENERIMAAN IBADAH
  • niat yang ikhlas
  • menepati cara yang di ajar oleh syara'
KEPENTINGAN IKHLAS DALAM IBADAH
-ikhlas: melakukan ibadah dengan niat yang benar kerana Allah
  • menjadi benteng yang  teguh bagi mengawal manusia daripada tipu daya syaitan
  • syarat penerimaan ibadah
CARA2 MENDAPATKAN IKHLAS
  1. takut kepada Allah
  2. ingat kepada mati
  3. ingat kepada hari akhirat
  4. menghayati doa iftitah
  5. dll...
BAHAGIAAN2 SYIRIK
(menyekutukan Allah dengan benda2 lain)
  • Syirik Jalii = syirik yang jelas
  • Syirik Khafii = syirik yang tersembunyi dan tidak disedari
TANGGUNGJAWAB MANUSIA TERHADAP ALLAH

  • mengabdikan diri kepada Allah dengan penuh keikhlasan tanpa dicemari oleh amalan syirik
PERKARA YANG BOLEH MEROSAKKAN SIFAT IKHLAS
  1. riak di dalam ibadah
  2. bersifat sombong
  3. menghampiri perkara syirik
  4. mempersendakan amal ibadah
  5. melakukan ibadah secara sambil lewa
CARA2 MENGEKALKAN SIFAT IKHLAS
  1. menjauhi perkara syirik
  2. menghayati doa iftitah
  3. sentiasa bermuhasabah diri
  4. sentiasa memperbaharui dan meningkatkan iman