Tuesday, 14 May 2013

Mensyukuri Nikmat Allah

Maksud hadis:
ramai dikalangan manusia sering lalai dalam nikmat sihat dan masa lapang.

KONSEP:
SIHAT= sesuatu keadaan seseorang itu tidak menghadapi sebarang penyakit
MASA LAPANG= keadaan seseorang itu tiada pekerjaan yang hendak dilakukan

SEBAB NIKMAT SIHAT DAN MASA LAPANG DILUPAI:
  1. memperoleh nikmat secara percuma
  2. leka dengan nikmat dunia
  3. lupa kepada Allah yang memberi nikmat
  4. kurang penghayatan agama dalam khidupan
CARA MENJAGA KESIHATAN:
  1. makan makanan yang berkhasiat
  2. sentiasa beriadah
  3. makan makanan yang bersih dan halal
  4. tidak makan berlebihan
  5. waktu rehat yang cukup
  6. mengamalkan makanan yang seimbang
CARA MENGISI MASA LAPANG:
  1. membaca buku2 ilmiah
  2. berehlah bersama keluarga
  3. menyertai badan2 kebajikan
  4. merenung dan befikir makhluk ciptaan ilahi
  5. membersih kawasan rumah
  6. memperbanyakkan zikrullah
PERBEZAAN KETIKA:
  • SIHAT
  1. bebas bergerak kesana kemari
  2. jiwa dan persediaan menjadi tenang
  3. dapat berfikir dengan tenang
  4. dapat makan makanan yang lazat2
  5. dapat melakukan ibadah kepada Allah dengan sempurna
  • SAKIT
  1. terlantar dihospital atau di rumah
  2. jiwa dan perasaan tidak tenang dan keluh-kesah
  3. fikiran bercelaru
  4. makan makanan yang terhad dan dibenarkan
  5. tiada penumpuan ketika beribadah
HUBUNGAN IBADAH DENGAN KESIHATAN
  1. dapat beribadah dengan sempurna
  2. dapat melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah
  3. dapat memberi peluang manusi keluar berjihad di jalan Allah
  4. dapat melakukan kerja2 kebajikan sesama manusia
  5. dapat mendekatkan diri kepada Allah
KEPENTINGAN MENJAGA AKAL
  1. dapat mengenal Allah sebagai pencipta
  2. dapat membezakan diantara baik dan buruk
  3. dapat berfikir dengan waras
  4. dapat melahirkan tubuh badan yang sihat
  5. membezakan diantara manusia dengan haiwan
  6. sempurna melakukan tuntutan Allah
PERKARA2 YANG MELALIKAN MANUSIA
  1. terlalu cintakan pangkat dan kuasa
  2. berkawan dengan orang yang melakukan ma'siat
  3. tamak akan harta
  4. membaca dan menonton bahan lucah
  5. berhibur di tempat2 hiburan dan maksiat
  6. terpedaya dengan kenikmatan dunia
  7. sukakan tidur
  8. banyak makan dan minum
KESAN BURUK
  1. umat islam akan mundur dan ketinggalan
  2. ditimpa pelbagai penyakit sosial
  3. melahirkan masyarakat yang lemah dan jauh terpesong daripada berpegang dengan agama Allah
  4. memudahkan umat islam dikuasai dan dihancurkan
  5. masyarakat jauh daripada rahmat Allah
CARA MENGATASI PERKARA2 YANG MELALAIKAN
  1. mendapatkan didikan agama yang sempurna
  2. menghapuskan tempat2 maksiat
  3. mengelakkan diri daripada tempat2 maksiat

No comments:

Post a Comment