Monday, 13 May 2013

Hukum Syara'

khitab (perintah) Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukalaf sama ada berbentuk tuntutan (iktidhoa), pilihan (takhyiir) atau wadho'i

Jenis-jenis Khitabullah
>Iktidhoa
  • tuntutan melaksanakan sesuatu perintah sama ada tuntutan itu pasti atau tidak
  • tuntutan pasti (jazmun): wajib dan haram
  1. wajib:: mendirikan solat dan keluarkan zakat
  2. haram:: mendekati zina
  • tuntutan tidak pasti (ghoiru jazmun): sunat dan makhruh
  1. sunat:: mencatat hutang
  2. makhruh:: bertanya kepada nabi perkara2 yang jika di terangkan kepada kamu  akan menyusahkan kamu
>Takhyiir
  • khitabullah yang memberi pilihan kepada mukalaf sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak
  1. setelah bertahlil bolehlah kamu berburu
>Wadho'i
  • menunjukkan sesuatu sebagai sebab, syarat atau penghalang kepada sesuatu hukum
  1. sebab:: perbuatan mencuri menjadi sebab wajib memotong tangan
  2. syarat:: wudhu sebagai syarat sah solat
  3. penghalang:: pembuatan membunuh menjadi penghalang kepada seseorang itu untuk mewarisi harta pusaka.
Pembahagian hukum syara'
  • hukum taklifi
  1. iijaabun (wajib)
  2. nadbun (sunat)
  3. tahriimun (haram)
  4. karaahatun (makhruh)
  5. ibaahatun (harus)
  • hukum wadho'i
  1. sebab
  2. syarat
  3. mani' (penghalang)
  4. sohih
  5. bathil
Hikmah suruhan dan larangan Allah
  1. mendisiplinkan diri manusia
  2. menguji tahap keimanan manusia
  3. merangsang manusia melakukan kebaikan dan mencegah kejahatan
  4. membezakan antara manusia dngan haiwan

Pengenalan ilmu Usul Fiq

islam adalah agama yang lengkap dan sesuai untuk sepanjang zaman.

Usul: asas, sumber, kaedah atau dalil
Fiq: memahami sesuatu perkara 
     : pengetahuan tentang hukum2 syara' yang berkaitan dengan perbuatan mukalaf yang difahami melalui              dalil2  tafsili

Ilmu Usul Fiq:
 ilmu pengetahuan tentang kaedah2 menginstinbat hukum2 syara' yang berkaitan dengan perbuatan mukalaf dari dalil2 tafsili

Sejarah perkembangan Ilmu Usul Fiq
  • Z.Rasulullah s.
  1.  al-Quran 
  2.  as-Sunnah
  • Z.Sahabat
  1. al-Quran
  2. as-Sunnah
  3. ijtihad
  • Z.Tabi'in
  1. al-Quran
  2. as-Sunnah
  3. ijma'
  4. pandangan sahabat
  5. ijtihad
  • Z.kemunculan Ilmu Usul Fiq
  1. landasan kepada ijtihad

Pengasas Ilmu Usul Fiq
-Imam Muhammad bin Idris asSyafi'i

Kepentingan mempelajari Ilmu Usul Fiq
  1. para ulama' boleh menghasilkan hukum2 yang lebih tepat
  2. boleh mengetahui hukum2 syara' dan beramal dengan penuh yakin
  3. memahami cara para ulama' menginstinbat hukum daripada dalil2 al-Quran dan as-Sunnah
  4. boleh mengetahui cra ulama' menetapkan hukum 2 baru yang tidak terdapat dalam sumber
  5. boleh mengetahui punca perselisihan hukum dikalangan ulama' serta membuat perbandinagn secara ilmiah
Skop perbincangan Ilmu Usul Fiq
  1. dalil2 syara'
  2. dilalah (kaedah2 menginstinbat hukum)
  3. ta'arud dan tarji' (perbincangan tentang percanggahan dalil dan jalan penyelesaian)
  4. ijtihad dan mujtahid (persoalan taklid dan mukalid)
  5. hukum2 kulliyyi (hukum taklifi dan hukum wadho'i)
Cara penulisan Ilmu Usul Fiq
  • TARIKATUL MUTAKALLIMIIN
  1. mazhab syafi'i
  2. tarikatul syafi'i
  • TARIKATUL AHNAF
  1. tarikatul fukoha
  2. mazhab masing2
  • TARIKATUL MUTAAKHIRIN
  1. menggabungkan kedua2 cara penulisan tadi.

Islam sebagai Addin yang membawa Rahmat

Islam
-ialah addin yang diturunkan oleh Allah kpada umat manusia melalui rasul-rasulNya
-membawa ajaran sempurna meliputi aspek aqidah, syariah. dan akhlak
-islam sebagai addin bermaksud, suatu cara hidup yang lengkap meliputi setiap aspek kehidupan

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

maksudnya: dan sesiapa yang mencari addin selain daripada Islam, maka tidak akan diterima oleh Allah. pada hari akhirat nanti dia diantara orang2 yang rugi. (surah al-Imran,3:85)



Rahmat yang dibawa oleh Islam

  • -rahmat hidayah
  1. petunjuk atau pimpinan 
  2. memberi petunjuk kejalan yang benar
  3. mengubah dari kesesatan dan kejahilan kepada kebenaran
  4. hanya Allah yang dapat memberi hidayah
  5. berdoa untuk mendapat hidayah
  • -rahmat ibadah
  1. manusia boleh berhubung denga Allah melalui solat, puasa, zakat, haji dll
  2. mendapat pahala
  3. dijauhkan daripada melakukan perkara2 yang keji dan munkar
  • -rahmat akhlak
  1. bersifat amanah, bercakap benar, menunaikan janji manusia akan dihormati dalam kehidupan
  2. menjadi menifestasi kesempurnaan iman seseorang
  3. menjamin keselamatan manusia, hiwan dan alam sekitar.
  4. tanpa akhlak yang mulia akan menyebabkan keruntuhan peradaban dan kemajuan sesuatu umat
  • -rahmat akal
  1. akal membezakan antara manusia dengan makhluk2 yang lain
  2. dapat memikirkan mengenai perancangan hidup untuk masa hadapan
  3. memahami segala perintah Allah
  • -rahmat ilmu
  1. dipandang tinggi oleh Allah s.w.t, dan dipandang mulia oleh masyarakat
  2. manusia dapat mengenal diri dan pencipta
  3. menjadikan individu yan gberfikiran waras dan bermanfaat kepada orang lain
  4. ibadahnya lebih lengkap dan lebih sempurna
  5. boleh memberi sumbangan kepada kemajuan masyarakat dan negara
  • -rahmat iman
  1. anugerah Allah yang paling besar bagi manusia
  2. berupaya mengawal nafsu dan mendoron nya mematuhi undang2 dan mentaati perintah Allah s.w.t
  3. memperolehi kebahagiaan di dunia dan di akhirat
  4. mendapat ketenangan hati dan ketenteraman jiwa
  5. hendaklah disertakan dengan amalan2 yang baik

Kesan menolak Islam
  1. dimurkai oleh Allah
  2. timbul pelbagai masalah sosial, ekonomi, dan politik
  3. hidup tanpa arah tujuan yang betul dan diredhai
  4. kemajuan hidup yang dicapai tidak dapat memberi kebahagiaan sebenar

Peranan Iman

  • mewujudkan kekuatan jiwa
  1. orang yang teguh iman tidak merasa susah untuk melaksanakan perintatah Allah
  2. contohnya: solat tahajud dan puasa sunat
  3. melakukan amalan2 yang mempertahankan kesucian Islam daripada kepentingan  diri sendiri
  4. Bilal bin Rabah, Hamzaah bin  Abdul Mutalib, Khalid bin al-Walid
  • memupuk semangat berkorban
  1. beriman dan yakin  dengan segala janji Allah
  2. Usman bin Afan dan Abdul Rahman bin Auf berkorban harta untuk kepentingan Islam
  3. para syahidak Badar dan Uhud berkorban nyawa untuk mempertahankan Islam
  4. dunia tempat mencurahkan bakti, dan Allah akan memberi ganjaran besar di dunia dan di akhirat.
  • istiqamah melakukan amalan soleh
  1. mempertahankan keimanan dari berkurang atau pupus
  2. orang yang menolak kepercayaan syaitan, iblis, berhala dan apa2 sahaja yang membawa kekufuran
  • membina tamadun manusia
  • amar ma'ruf nahi munkar
  1. menghapuskan perkara2 yang munkar mengikut tahap kemampuan yang ada.
  2. tangan (kuasa), mulut (nasihat), hati (membenci)
  • melakukan amalan dengan ikhlas
  1. sebagai tanda kesyukuran kepada Allah yang telah memberikan segala nikmat hidup di dunia
  2. tanpa ikhlas maka ia sia-sia
  • mewujudkan ketenteraman
  1. gembira: bersyukur kepada Allah  kerana gembira itu kurniaan daripadaNya
  2. kesusahan: bersabar dan menerima qada  dan qadar Allah dengan penuh redha
  3. orang yang bersabar mendapat ejayaan di dunia dan di akhirat 

Amalan yang membawa kepada kemanisan Iman (HALAWATUL IMAN)
>melakukan segala perintah Allah dan Rasulnya dan meninggalkan segala yang di larang
>cinta kepada Allah dan rasulnya lebih daripada cintanya kepada yang lain
>mengasihi sahabatnya semata-mata kerana Allah
>benci untuk kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan oleh Allah.

Cara2 untuk mendapatkan HALAWATUL IMAN
  1. cinta kepa allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada orang lain
  2. mengasihi sahabatnya semata-mata kerana Allah
  3. membenci untuk kembali kepada kekufuran
  4. sabar menghadapi ujian dan cabaran
  5. istiqamah dalam mengerjakan ibadah
  6. memperbanyakkan amalan2 sunat seperti solat sunat dan membaca al-Quran
Kesan2 HALAWATUL IMAN
  1. seseorang itu bertambah rajin melakukan amalan ibadah
  2. hati bertambah tenang dan tenteram
  3. wajahnya kelihatan berseri-seri
  4. rezkinya bertambah berkat
  5. sanggup berkorban nyawa dan harta untuk membantu orang2 yang memerlukan pertolongan
  6. memiliki semangan jiha yang tinggi untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara

Iman Fitrah Manusia

assalamualaikum, ok..malam nie akan ada banyak post, sebab esok exam syariah islamiah...

so, kita ulang kaji sini sama2,, heheh

first, Iman Fitrah Manusia


  • iman:: pengakuan, ikrar dengan lisan, membenarkan dalam hati dan dibuktikan dengan amalan zahir


  • fitrah:: sesuatu yang semula jadi wujud dalam diri manusia mengikut apa yang terbaik untuk kepentingan manusia itu sendiri


  • fitrah manusia ialah beragama

contoh::

masyarakat premitif, manusia  memohon kepada sesuatu yang dipercayainya mempunyai kuasa ghaibyang boleh memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka.

...فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفاً فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ 

surah ar-Rum:30:30
mafhumnya:: maka hadapkanlah muka kamu kearah agama suci, agama Allah iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia sejak semula jadinya lagi) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu...

  • ini menjelaskan bahawa kesucian fitrah adalah beriman kepada Allah s.w.t 
bukti: nabi Allah Ibrahim a.s berusaha mencari tuhan dalam surah al-an'am ayat ke 75-79

  • beriman kepada Allah
beriman:: mengaku dan berikrar dengan lisan , membenarkan dalam hati akan kwujudan dan kekuasaan Allah, dan dibuktikan dengan amalan zahir.

  • ciri-ciri orang yang sempurna iman
  1. hati sentiasa tenang dan tenteram
  2. sentiasa berusaha melakukan perbuatan2 yang baik
  3. sentiasa membenci untuk melakukan kemungkaran
  4. bersyukur menerima nikmat Allah
  5. sabar menerima dugaan daripada Allah
  6. Iltizam dengan ibadah-ibadah sunat
  • ciri -ciri orang yang lemah iman
  1. hati sentiasa gelisah
  2. tidak merasa perlu untuk membuat kebaikan
  3. tidak takut unuk melakukan kejahatan
  4. pecah amanah
  5. berakhlak buruk
  6. khianat
  • kepentingan iman kepada manusia
-beriman kepada Allah boleh mnjadi benteng dari sifat keji dan hina. Ini kerana,  beriman kepada Allah bermakna  percaya kepada kekuasaan Allah untuk  memberi pembalasan terhadap perbuatan2 yang baik. Oleh itu, orang yang beriman akan melakukan segala perintah Allah dan akan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah.