Monday, 13 May 2013

Iman Fitrah Manusia

assalamualaikum, ok..malam nie akan ada banyak post, sebab esok exam syariah islamiah...

so, kita ulang kaji sini sama2,, heheh

first, Iman Fitrah Manusia


  • iman:: pengakuan, ikrar dengan lisan, membenarkan dalam hati dan dibuktikan dengan amalan zahir


  • fitrah:: sesuatu yang semula jadi wujud dalam diri manusia mengikut apa yang terbaik untuk kepentingan manusia itu sendiri


  • fitrah manusia ialah beragama

contoh::

masyarakat premitif, manusia  memohon kepada sesuatu yang dipercayainya mempunyai kuasa ghaibyang boleh memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka.

...فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفاً فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ 

surah ar-Rum:30:30
mafhumnya:: maka hadapkanlah muka kamu kearah agama suci, agama Allah iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia sejak semula jadinya lagi) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu...

  • ini menjelaskan bahawa kesucian fitrah adalah beriman kepada Allah s.w.t 
bukti: nabi Allah Ibrahim a.s berusaha mencari tuhan dalam surah al-an'am ayat ke 75-79

  • beriman kepada Allah
beriman:: mengaku dan berikrar dengan lisan , membenarkan dalam hati akan kwujudan dan kekuasaan Allah, dan dibuktikan dengan amalan zahir.

  • ciri-ciri orang yang sempurna iman
  1. hati sentiasa tenang dan tenteram
  2. sentiasa berusaha melakukan perbuatan2 yang baik
  3. sentiasa membenci untuk melakukan kemungkaran
  4. bersyukur menerima nikmat Allah
  5. sabar menerima dugaan daripada Allah
  6. Iltizam dengan ibadah-ibadah sunat
  • ciri -ciri orang yang lemah iman
  1. hati sentiasa gelisah
  2. tidak merasa perlu untuk membuat kebaikan
  3. tidak takut unuk melakukan kejahatan
  4. pecah amanah
  5. berakhlak buruk
  6. khianat
  • kepentingan iman kepada manusia
-beriman kepada Allah boleh mnjadi benteng dari sifat keji dan hina. Ini kerana,  beriman kepada Allah bermakna  percaya kepada kekuasaan Allah untuk  memberi pembalasan terhadap perbuatan2 yang baik. Oleh itu, orang yang beriman akan melakukan segala perintah Allah dan akan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah.





No comments:

Post a Comment